Sukuk RM5 bilion diyakini bantu MR DIY strukturkan semula pinjaman, perluasan kedai - MBSB Research
KUALA LUMPUR 9 Mac – MBSB Research menilai cadangan program Sukuk Wakalah berjumlah RM5 bilion oleh MR DIY sebagai langkah strategik yang mampu meningkatkan fleksibiliti kewangan syarikat dan menyokong rancangan pengembangan kedai serta projek pertumbuhan jangka panjang.








