Lagenda Properties terbitkan program Sukuk Wakalah RM1.5 bilion biayai projek perumahan mampu milik
KUALA LUMPUR 27 Julai – Lagenda Properties Berhad menerbitkan program Nota Jangka Sederhana Islam (Sukuk Wakalah) bernilai sehingga RM1.5 bilion bagi mengukuhkan kapasiti pembiayaannya serta menyokong peluasan berterusan pembangunan perumahan mampu milik di seluruh Malaysia.








