Skip to main content

Maybank tawarkan Bantuan Banjir kepada pelanggan yang terjejas di seluruh negara  

 

KUALA LUMPUR 19 Dis – Maybank menawarkan Bantuan Banjir kepada pelanggan individu, PKS dan pelanggan bukan runcit lain yang terjejas akibat banjir besar susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

 

Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan pelanggan Maybank yang terjejas akibat banjir, yang turut menyebabkan kerosakan harta benda yang besar dan kesulitan lalulintas.

 

Bantuan Banjir ini direka bentuk untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh mangsa banjir dan akan termasuk, antara lain, penangguhan pembayaran pembiayaan/pinjaman, pengurangan ansuran bulanan atau lanjutan tempoh pembayaran balik.

 

Pelanggan boleh memohon Bantuan Banjir melalui 2 saluran mudah iaitu:

 

1. E-mel kepada floodrelief@maybank.com dengan memberikan nama/nama syarikat, nombor IC/Pendaftaran Perniagaan, nombor telefon, jenis pinjaman/produk (cth. Gadai Janji, Sewa Beli, Pembiayaan Pinjaman Berjangka); Nombor kenderaan (untuk Sewa Beli)

 

2. Kunjungi atau hubungi mana-mana cawangan Maybank, Pusat PKS, Pusat Perbankan Perniagaan atau Pusat Kewangan Auto (yang mana berkaitan) di seluruh negara.

 

Semua permohonan akan dinilai berdasarkan maklumat kes yang tertentu.

 

Selain itu, Bank juga menawarkan pengecualian yuran dan caj untuk perkhidmatan terpilih, seperti penggantian kad debit, kad ATM atau buku cek yang hilang atau rosak semasa banjir. Pihak Bank juga akan memberikan pengecualian untuk caj lewat untuk kad kredit pelanggan yang terjejas.

 

Sementara itu, cabang insurans Kumpulan Maybank, Etiqa, telah menyediakan proses tuntutan yang cepat dan mudah untuk pemegang polisi insurans dan pemegang sijil takaful, tanpa keperluan borang atau dokumen sokongan. Untuk mengemukakan tuntutan, pemegang polisi atau pemegang sijil masing-masing boleh:

PM

Tuntutan untuk jumlah kurang daripada RM20,000 akan diluluskan serta-merta. Selain tuntutan, Etiqa turut membantu mangsa banjir dengan mengagihkan paket bantuan ke kawasan terjejas.

 

Fokus utama Kumpulan Maybank pada masa ini adalah untuk membantu komuniti yang terjejas akibat banjir dan menjaga kesejahteraan mereka.

 

Bantuan Banjir direka untuk menyokong pelanggan Maybank demi melindungi keselamatan keluarga mereka dan memberi tumpuan untuk membina semula kehidupan mereka selepas banjir.

 

Sebagai tambahan kepada Bantuan Banjir, Maybank terus menyediakan program Bantuan Pembayaran Balik pandemik COVID-19 yang masih dijalankan.

 

Selain menyediakan sokongan kepada pelanggannya, Maybank juga memastikan ia menjaga kepentingan kakitangan yang terjejas akibat banjir dengan menghulurkan bantuan kewangan, perkhidmatan pembersihan rumah dan menyediakan pek permulaan kecemasan di kawasan banjir yang termasuk bekalan makanan dan bukan makanan untuk membantu meringankan kesulitan yang dialami oleh kakitangan Maybank dan ahli keluarga mereka.

 

Dato’ Sri Abdul Farid Alias
                              Dato’ Sri Abdul Farid Alias

 

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Dato’ Sri Abdul Farid Alias berkata, memandangkan kesan ketara yang timbul akibat banjir semalam, adalah penting bagi Maybank untuk menghulurkan bantuan melalui apa jua cara yang mungkin kepada komuniti dan kakitangan bank ini supaya dapat mengatasi tempoh mencabar ini bersama-sama.

 

''Kami telah memberikan cuti bergaji pada 20 Disember untuk pekerja yang terjejas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan kawasan lain yang terjejas akibat banjir selaras dengan misi kami - Menginsankan Perkhidmatan Kewangan,” kata beliau.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Banjir Maybank, sila layari www.maybank2u.com.my. Pelanggan juga boleh menghubungi Talian Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank di 1-300-88-6688 untuk bantuan lanjut. – DagangNews.com