HSS Engineers raih kontrak perundingan RM34 juta bagi projek bekalan air Perak-Pulau Pinang
KUALA LUMPUR 28 Julai – HSS Engineers Berhad (HEB) menerusi syarikat bersekutunya, SMHB Sdn Bhd, memperoleh kontrak perundingan kejuruteraan bernilai RM34.01 juta bagi Projek Penyaluran Air Mentah dari Sungai Perak untuk bekalan air di kawasan utara Perak dan Pulau Pinang.






