KUALA LUMPUR 3 Feb – Propel Global Berhad (PGB) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC) dan Reservoir Link Energy Bhd (RLEB) untuk membangunkan projek jana kuasa gas modular.
KUALA LUMPUR 3 Feb – Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB) mengumumkan pembatalan pembiayaan berjumlah RM49 juta daripada Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) yang sebelum ini diperuntukkan untuk anak syarikatnya, SCIB Concrete Manufacturing Sdn. Bhd.
KUALA LUMPUR 3 Feb – MSM Malaysia Holdings Berhad mengumumkan pelantikan Dr Mazatul 'Aini Shahar Abdul Malek Shahar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu syarikat berkuat kuasa 4 Februari 2026.
KUALA LUMPUR 3 Feb – Puspakom Sdn Bhd sedang mempercepatkan pelaksanaan transformasi berterusan di bawah inisiatif #MacamBaharu bagi memperluas rangkaian pemeriksaan kenderaan di seluruh negara serta meningkatkan penggunaan teknologinya.
KUALA LUMPUR 3 Feb – Kementerian Kerja Raya (KKR) memberi amaran tindakan tegas, termasuk risiko disenaraikan hitam, terhadap kontraktor yang gagal menyiapkan projek di bawah kementerian itu mengikut tempoh ditetapkan tanpa alasan munasabah.