Kesan NPL ke atas Sistem Kewangan Malaysia | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Volatiliti - 17 March 2021

Kesan NPL ke atas Sistem Kewangan Malaysia

 

BARU-BARU INI, Laporan Ekonomi melaporkan jumlah pinjaman tidak berbayar atau Non-Performing Loan (NPL) di Malaysia mencecah RM 28.7 billion. Jumlah ini merupakan satu peningkatan atau angka yang besar.

 

Dari segi pentaksiran mudah mengenai NPL ini berkaitan dengan dengan kredit bermasalah. Pastinya setiap bank di Malaysia mempuyai peratusan atau nisbah berkaitan dengan jumlah atau nisbah permasalahan peminjam yang gagal menjelaskan hutang mereka.

 

Semakin tinggi peratusan atau nisbah NPL ini kepada bank menunjukkan kadar risiko yang dihadapi oleh bank berkenaan.  NPL juga boleh menjadi pengukuran kepada bank untuk menilai berapa banyak modal yang dimiliki oleh sesebuah bank setelah mengambil kira peratusan dan nisbah NPL bank tersebut.

 

Dalam isu semasa di Malaysia, pastinya semua sedia maklum bahawa COVID-19 telah menyebabkan banyak individu kehilangan pendapatan dan pengangguran dan menjejaskan kemampuan untuk memenuhi komitmen pembayaran pinjaman terutama yang berhutang tinggi.

 

volatiliti

 

Dari aspek syarikat, kegagalan pembayaran pinjaman perniagaan pula disebabkan kehilangan hasil pendapatan dan penutupan perniagaan terutama  di banyak sektor dan yang paling teruk terkena impak adalah daripada sektor pelancongan, peruncitan dan aktiviti rekreasi.

 

Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah bagi membantu individu dan syarikat yang mempunyai bebanan hutang dengan memperkenalkan moratorium dan penstrukturan semula pinjaman bagi membantu golongan yang terjejas ini.

 

Namun demikian, perkara ini dilihat bakal menimbulkan risiko tidak dijangka terhadap kualiti aset bank di rantau ASEAN, termasuk Malaysia. Menurut Maybank Kim Eng,  hal ini perlu dipantau untuk masa hadapan.

 

Sebahagian langkah bantuan luar biasa COVID-19 dan  kebanyakan sistem perbankan di rantau ini memberikan moratorium, yang mana pembayaran faedah dan/ atau prinsipal dihentikan. Maybank Kim Eng menyifatkan moratorium juga tidak diklasifikasikan sebagai NPL yang dipercayai keadaan itu akan membayangi risiko kualiti aset.

 

Dalam perbandingan di rantau ASEAN,  10% daripada pinjaman berkenaan terjejas, ia akan memberi impak material terhadap NPL, terutama di Indonesia, Thailand dan Malaysia, Singapura dan Filipina.

 

Hal ini merupakan risiko risiko kritikal yang perlu diawasi dengan teliti. Jika 10% pinjaman itu diklasifikasikan sebagai NPL, maka Indonesia, Malaysia dan Thailand akan mencatatkan pertumbuhan NPL yang tinggi dengan masing-masing dijangka mencatatkan peningkatan 66%, 43% dan 31% berbanding paras unjuran 2021. Manakala Singapura dan Filipina juga mempunyai risiko yang besar dengan jangkaan peningkatan NPL masing-masing 29% dan 26%.

 

volatiliti

 

Secara asasnya NPL ini juga mempunyai hubungan dengan inflasi sesebuah negara.Kajian telah menunjukkan terdapat hubungan yang positif di antara kadar NPL dan tahap inflasi sebuah negara.

 

Tahap inflasi sebenarnya mempengaruhi peratus kadar faedah pinjaman hartanah. Apabila sebuah negara menghadapi tahap inflasi yang tinggi, peminjam berdepan kesukaran untuk membuat bayaran balik pinjaman haranah kerana peningkatan kos modal dalam pembiayaan mereka.

 

Tetapi, apabila inflasi mencapai satu tahap tertentu, nilai hutang dan kuantiti pinjaman hartanah akan berkurang menyebabkan akses pinjaman menjadi lebih mudah.

 

Di Malaysia, inflasi dijangka meningkat semula kepada +1.6% pada 2021 daripada anggaran -0.6% pada 2020 berikutan pemulihan harga minyak dan permintaan.

 

Kadar inflasi yang meningkat turut positif kepada ekonomi berikutan ia dapat meningkatkan pelaburan modal yang mencatatkan penurunan yang ketara dalam tempoh setahun yang lepas.

 

Inflasi yang tinggi akan menjadikan kadar faedah sebenar lebih kompetitif, yang akan dapat menarik lebih banyak aktiviti pinjaman. Kadar faedah sebenar yang kompetitif sebanyak +0.50% pada 2021 berbanding 3.9% pada 2019 dapat mengekalkan minat pelabur untuk mengambil risiko dalam aset berisiko.

 

volatiliti

 

Jika keadaan ini tidak mampu ditangani dengan baik, NPL ini akan memberi kesan kepada jumlah pinjaman yang mampu ditawarkan oleh bank ke individu ataupun syarikat.  Apabila NPL ini meningkat, kesan ke atas Loan to Deposit Ratio (LDR) juga akan terkesan.

 

Perkara ini membimbangkan bagi sistem kewangan yang mana pendapatan industri ini banyak bergantung kepada jumlah kredit yang di tawarkan.  Ini akan menjejaskan jumlah keuntungan mereka kelak.

 

Tuntasnya, bank perlu bertindak proaktif dalam menangani isu jumlah pinjaman NPL ini  bagi mengelak ekonomi negara terus menguncup.

 

Bank-bank perlu bertindak dengan segera bagi menyelesaikan NPL ini dengan penstrukturan semula pinjamana sama ada memanjangkan tempoh pinjaman, menstrukutur semula syarat-syarat pinjaman, atau lain-lain terma bagi menyelesaikan masalah NPL ini.

 

Penyitaan terhadap aset peminjam merupakan langkah terakhir yang boleh dilakukan jika semua usaha yang dijalankan bagi menangani masalah NPL ini tidak berjaya.

 

Menurut Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Kewangan Islam Global (Inceif), Prof. Madya Dr. Baharom Abdul Hamid, bank tidak boleh bergantung kepada kerajaan sahaja dan jika NPL terus menguncup dalam tempoh enam bulan lagi, ianya akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara.  

 

Walaupun banyak pakej ransangan ekonomi telah dan akan dilakukan, tidak dapat dipastikan adakah kadar NPL mampu turun dalam masa terdekat. Apa yang pasti, keadaan ekonomi yang perlahan ini berkemungkinan besar akan berlanjutan untuk tempoh setahun dua lagi. - DagangNews.com

 

 

SYAMSYUL SAMSUDIN adalah pensyarah kanan dan pelabur tegar di Bursa Malaysia yang mempunyai kepakaran dalam menganalisis kewangan syarikat dan juga banyak menulis di akhbar-akhbar utama di Malaysia berkaitan pelaburan, kewangan dan ekonomi. Kini merupakan kolumnis DagangNews.com menerusi ruangan VOLATILITI setiap Rabu.

 

KOLEKSI VOLATILITI

EMAS: PELABURAN, PERHIASAN ATAU PELINDUNG NILAI?

Landskap Industri Minyak & Gas, Petronas dan Masa Depan

Menafsir vaksin, perjanjian bilateral Malaysia-China, KDNK di bursa saham

Boss Top Glove dapat dividen RM490 juta

Pelaburan Derivatif Juga Satu Pilihan

Masih Ada Saham Yang Menguntungkan Dalam Ketidakstabilan Ekonomi

Kestabilan Monetari Bagi mengukuhkan Ringgit

PERMAI: suntikan fiskal bantu rakyat, rancakkan ekonomi

5 Strategi utama pulihkan negara pada 2021

Masihkah relevan January Effect ke atas pasaran saham

Menyusun semula ekuiti bumiputera dalam pelaburan institusi

Selamat tinggal kemeruapan dan ketidakpastian pasaran saham 2020

 

 

 

 

 

Portfolio Tags