KWSP dah boleh keluarkan tapi nikmat paling besar bukan itu
Minggu ini agak sentimental sedikit bagi saya kerana saya telah cukup umur untuk mengeluarkan keseluruhan wang KWSP. Syukur Alhamdulillah, Allah mengizinkan saya untuk sampai ke detik ini — dalam keadaan ramai rakan sebaya tidak mendapat nikmat yang sama.






