Saya pernah tulis artikel berkenaan isu ini tetapi kerana persoalan masih dilontarkan masyarakat sehingga hari ini, saya akan ulas sekali lagi tentangnya.
Ramai yang menyangka bahawa hanya dengan menyediakan dokumen perancangan harta seperti hibah atau wasiat, ia sudah mencukupi untuk mencapai semua hasrat pembahagian harta mereka.
Mereka fikir segala-galanya telah selesai apabila dokumen-dokumen ini telah dibuat. Mereka fikir, hasrat mereka itu akan terlaksana secara automatik sebaik sahaja dokumen itu telah disediakan. Masyarakat jarang mengambil berat isu dengan siapa mereka membuat dokumen itu asalkan ia sudah dibuat, maka selesailah urusan ini.

Andaian ini sama sekali tidak tepat!
Andaian ini sebenarnya terpesong jauh daripada realiti sebenar. Pengalaman 21 tahun Wasiyyah menunjukkan bahawa menyediakan dokumen perancangan harta itu hanyalah dalam anggaran 30% daripada proses keseluruhan.
Proses yang mempunyai pemberat terbesar dan merupakan faktor penentu hasrat itu akan tercapai iaitu sebanyak 70% ialah skil pelaksanaan penyedia dokumen itu mengikut proses perundangan yang tergunapakai pada ketika ia ingin dilaksanakan.
Untuk membolehkan dokumen perancangan harta itu berkuatkuasa mengikut hasrat tuan punya harta, ia perlu melalui proses perundangan berkaitan.
Dokumen hibah misalannya, perlu melalui proses pengesahan hibah di Mahkamah Syariah. Begitu juga dengan dokumen wasiat yang jatuh di bawah peruntukan undang-undang Syariah, juga perlu dibawa ke Mahkamah Syariah.
Cabaran yang wujud ialah pada ketika dokumen itu ingin dilaksanakan, mungkin akan ada undang-undang berkenaan hibah atau wasiat yang baru telah diwartakan.
Saya tahu secara tepat ada beberapa negeri yang sedang menggubal undang-undang baru berkenaan. Mungkin juga telah dan akan ada peraturan atau SOP baru yang digunapakai oleh Mahkamah Syariah. Situasi yang sama juga mungkin berlaku bagi proses pentadbiran harta pusaka di Mahkamah Sivil.
Jika pelaksana dokumen ini tiada pengalaman menguruskan kepelbagaian undang-undang yang rencam ini ataupun organisasi atau individu yang menyediakan dokumen itu telah berhenti beroperasi atau telah mati, ia akan mendedahkan risiko dokumen itu tidak dapat dilaksanakan.
Pengalaman mengajar Wasiyyah semenjak 21 tahun yang lepas bahawa setiap satu kes itu unik dan kerana itu ia perlu dilaksanakan mengikut strategi tersendiri. Inilah kelebihan Wasiyyah.
Siasat latar belakang penyedia dokumen anda
Di dalam membuat perancangan harta, perkara paling asas yang masyarakat perlu faham ialah memastikan dokumen perancangan harta yang dibuat itu menepati hukum Syarak dan undang-undang semasa. Masyarakat perlu membuat ‘homework’ untuk menyelidik latarbelakang syarikat atau individu yang menyediakan dokumen itu.

Jika ia merupakan syarikat, pastikan ia syarikat amanah yang mempunyai kuasa jelas di dalam undang-undang bagi urusan penghartaan. Wasiyyah sebagai syarikat amanah mempunyai punca kuasa jelas di dalam Akta Syarikat Amanah 1949 ( Akta 100 ).
Di dalam pengetahuan saya yang terhad, hanya syarikat amanah seperti Wasiyyah sahaja yang mempunyai punca kuasa ini manakala syarikat-syarikat kategori lain termasuk syarikat sdn bhd tidak mempunyai punca kuasa tersebut.
Selain punca kuasa jelas, syarikat amanah juga mempunyai unsur kelangsungan atau ‘perpetuity’ yang bermakna syarikat itu diperlukan oleh undang-undang untuk terus beroperasi bagi manfaat pelanggannya.
Ini bermakna apabila anda meninggal dunia dalam tempoh 5,10 atau 30 tahun akan datang, Wasiyyah insya-Allah akan masih berada di dalam industri untuk membantu waris anda melaksanakan dokumen perancangan harta yang telah anda buat dan melalui semua proses perundangan harta pusaka berkaitan.
Selidik juga siapa Lembaga pengarahnya
Jika Lembaga pengarahnya merupakan orang yang mempunyai pengalaman luas relevan di dalam dunia korporat dan perbankan, ia menjamin tadbir urus korporat itu berjalan dengan baik sekaligus menjamin kelangsungan syarikat.
Ini penting kerana anda perlu pastikan syarikat amanah itu mempunyai prestasi yang mapan supaya ia dapat terus memberikan perkhidmatan kepada anda dan waris-waris pada tahun mendatang.
Wasiyyah mempunyai kelebihan di sini kerana komposisi 8 orang ahli Lembaga pengarah kami terdiri daripada tokoh perbankan Islam, tokoh korporat, bekas hakim Mahkamah Persekutuan, peguam, akauntan, ahli ekonomi dan pakar perancangan harta secara Syariah yang kesemuanya berpengalaman melebihi 30 tahun di dalam bidang masing-masing.

Sekiranya penyedia dokumen perancangan harta anda ialah syarikat, selidik juga latarbelakang Panel Syariahnya. Jika syarikat ini tiada Panel Syariah, ia merupakan satu ‘red flag’ yang jelas kerana ia bermakna tiada jaminan dokumen perancangan harta yang anda buat dengannya itu patuh Syariah. Panel Syariah ialah pihak yang berotoriti yang menentukan kepatuhan Syariah oleh syarikat.
Di Wasiyyah, Panel Syariah kami dianggotai oleh bekas hakim Mahkamah Rayuan Syariah, ahli akademik universiti yang juga merupakan panel pakar dan ahli jawatankuasa penggubalan undang-undang penghartaan serta tokoh berpengalaman di dalam bidang harta pusaka yang kesemuanya mempunyai pengalaman melebihi 25 tahun di dalam bidang masing-masing.
Pelaksanaan dokumen perancangan harta secara Syariah yang terbukti
Digabung jalin urus tadbir korporat yang baik, strategi perniagaan yang mapan dan kepatuhan Syariah tanpa kompromi, Wasiyyah mempunyai rekod baik bukan sahaja di dalam penyediaan malah pelaksanaan semua dokumen perancangan harta secara Syariah pelanggan-pelanggan kami yang sudahpun berjumlah melebihi 100,000 orang.
Sebelum inipun saya pernah menulis tentang kepentingan trek rekod penyedia dokumen yang juga pelaksana dokumen. Saya memang tidak pernah jemu bercakap tentang perkara ini semenjak 1998 iaitu tahun di mana saya mula menceburi industri perancangan harta secara Syariah ini.
Masyarakat perlu faham bahawa sebaik manapun dokumen perancangan harta yang dibuat oleh pakar-pakar, jika ia tidak boleh dilaksanakan, ia tidak membawa sebarang makna kepada kita dan waris-waris kita.
Jangan sekadar melihat kepada fi
Di dalam perancangan harta, banyak di kalangan masyarakat yang membuat kesilapan kerana mereka membandingkan usaha membuat dan melaksanakan dokumen perancangan harta patuh Syariah ini seperti memberi barangan daripada ‘online shopping’. Kepada mereka, lebih murah lebih baik!
“Kita boleh membuat dokumen ini dengan murah buat apa nak bayar beribu-ribu RM.” Salah satu ulasan yang saya baca di dalam media sosial. Kepada yang memberi respon sebegini, ulasan saya ialah, “Buat apa nak bayar walaupun murah kalau kita boleh buat sendiri dokumen itu secara PERCUMA !”
Sebenarnya masyarakat tak perlupun untuk membuat dokumen itu dengan mana-mana pihak pada fi seberapa sekalipun kerana anda boleh membuat sendiri dokumen itu secara PERCUMA pun. Tidak perlu bayar sesiapapun.
Tetapi anda perlu faham jika anda tiada pengetahuan tentang hukum-hakam dan undang-undang berkaitan baik klasik mahupun kontemporari, dokumen anda itu berkemungkinan tidak patuh Syariah dan berkemungkinan besar juga tidak boleh dilaksanakan kelak kerana tidak selari dengan peruntukan undang-undang yang berkaitan.
Membuat dokumen dan memastikan dokumen itu dapat dilaksanakan secara profesional akan memastikan keseluruhan 100% urusannya selesai. Membuat dokumen sahaja tanpa mengambil kira aspek pelaksanaannya ibarat memakai baju tanpa seluar atau sebaliknya.
Wasiyyah membantu masyarakat memastikan 100% urusan ini selesai berdasarkan kepakaran, trek rekod, pengalaman dan kelangsungan kami sebagai organisasi. - DagangNews.com
KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL ANEKDOT MAWARITH









