Dua pengarah Destini letak jawatan seminggu sebelum EGM tentukan penyingkiran mereka
KUALA LUMPUR 14 Ogos - Dua pengarah bebas bukan eksekutif Destini Berhad meletakkan jawatan seminggu sebelum mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang dijadual mempertimbangkan resolusi untuk menyingkirkan mereka daripada Lembaga Pengarah pada 21 Ogos ini.













