Sanggahan terhadap bekas Ketua Audit Negara berhubung pembelaannya ke atas audit Tabung Haji
Tan Sri Madinah Mohamad (TSMM) merupakan Ketua Audit Negara pada 2018 ketika audit Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 dimuktamadkan. Beliau menandatangani penyata kewangan tersebut pada 16 Julai 2018.













