KTMB perkenal jadual baharu KTM Komuter Lembah Klang mulai 1 Januari 2026
KUALA LUMPUR 15 Dis - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan melaksanakan jadual waktu baharu perkhidmatan KTM Komuter Lembah Klang berkuat kuasa 1 Januari 2026, selaras dengan kemajuan kerja Projek Landasan Berkembar Lembah Klang Fasa II (KVDT2).





