KUALA LUMPUR 5 Mac - Mesyuarat Majlis Kewangan Negara (MKewN) hari ini bersetuju menambah baik pemberian Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri, khususnya dalam aspek Pemberian Senarai Bersama, Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri dan agihan Cukai Pelancongan.