Defisit fiskal: Rafizi desak kerajaan lebih telus dedah angka sebenar
KUALA LUMPUR 27 Jan – Bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli, menempelak kerajaan kerana berkemungkinan “terlebih lapor” data pendapatan negara dan mendakwa angka rasmi yang diumumkan adalah termasuk cukai yang belum dibayar semula kepada pembayar.









