PHNOM PENH 23 Feb - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Kemboja hari ini untuk lawatan rasmi dua hari bagi mengukuhkan hubungan dua hala yang terjalin selama 65 tahun selain perdagangan dan peluang pelaburan serta pergerakan rakyat antara kedua-dua negara.
KUALA LUMPUR 23 Feb - IOI Corp. Bhd. merekodkan untung bersih sebanyak RM494.7 juta bagi suku kedua berakhir 31 Disember 2021, meningkat 39% daripada RM355.7 juta bagi tempoh sama tahun lalu.
KUALA LUMPUR 23 Feb - MR D.I.Y. Group (M) Berhad (MR D.I.Y.) telah mengedarkan lebih daripada 1,000 kit ujian kendiri COVID-19 kepada 23 buah rumah kebajikan di seluruh negara baru-baru ini, menerusi kempen You Share, We Donate.
KUALA LUMPUR 23 Feb - CTOS Digital Bhd. hari ini memuktamadkan harga terbitan bagi cadangan penempatan utama pada RM1.58 sesaham untuk mengumpul dana sehingga RM173.8 juta.