KUALA LUMPUR 7 Okt - Bagi membendung jenayah scam dengan segera, kerajaan akan melaksanakan pelbagai langkah baru, antaranya penubuhan Pusat Respons Scam Kebangsaan(NSRC).
KUALA LUMPUR 7 Okt - Isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan menanggung lima orang anak atau lebih layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebanyak RM2,500.
KUALA LUMPUR 7 Okt - Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan masing-masing menerima peruntukan sebanyak RM18.3 bilion dan RM17.4 bilion untuk terus memperkukuhkan ketenteraman awam dan keselamatan negara.
KUALA LUMPUR 7 Okt - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2.55 bilion melalui Bajet 2023 dengan sasaran memastikan kesejahteraan rakyat luar bandar dan kemudahan infrastruktur akan terus ditambah baik.
KUALA LUMPUR 7 Okt - Kerajaan akan memperkenalkan kadar cukai efektif minimum di peringkat global bagi membolehkan Malaysia meluaskan asas cukai dan menarik pelaburan langsung asing.
KUALA LUMPUR 7 Okt - Kredit e-dompet sebanyak RM100 akan diberikan kepada kumpulan M40 berpendapatan tahunan di bawah RM100,000 menerusi inisiatif e-Pemula.