Segmen ternakan bersepadu lonjak untung bersih Malayan Flour kepada RM46.2 juta pada suku ketiga
KUALA LUMPUR 21 Nov - Malayan Flour Mills Bhd. merekodkan untung bersih sebanyak RM46.2 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September 2022 daripada RM3.9 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya didorong terutamanya menerusi peningkatan operasi bagi segmen ternakan bersepadu.









