Untung selepas cukai SNS Network Technology bagi 3QFY23 melonjak 35.5% kepada RM11.94 juta
KUALA LUMPUR 13 Dis - SNS Network Technology Berhad mencatatkan kenaikan untung selepas cukai (PAT) sebanyak 35.5% kepada RM11.94 juta bagi suku ketiga bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2023 (3QFY23) berbanding sebanyak RM8.81 juta pada suku sebelumnya.









