Pengukuhan ringgit tertinggi di rantau Asia tidak jejas daya saing eksport, kerajaan bantu melalui pelbagai insentif - Amir Hamzah
KUALA LUMPUR 25 Feb – Pengukuhan nilai ringgit ketika ini dijangka tidak menjejaskan daya saing eksport negara secara ketara, malah prestasi perdagangan Malaysia kekal mampan disokong kekuatan sektor elektrik dan elektronik (E&E).







