KUALA LUMPUR 15 April – Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia mencatat penurunan ketara sebanyak 75 sen kepada RM5.97 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 April 2026, menjadikannya antara penurunan mingguan terbesar setakat ini.
Dalam masa sama, harga runcit petrol turut diturunkan sebanyak 25 sen seliter, dengan RON95 kini pada RM4.02 seliter manakala RON97 pada RM5.10 seliter.
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, pelarasan harga ini dibuat selaras dengan pelaksanaan formula 'Automatic Pricing Mechanism' (APM) yang mengambil kira penurunan harga pasaran minyak mentah antarabangsa.

Kerajaan dalam pada itu katanya, akan terus memantau rapat perkembangan semasa, khususnya konflik berpanjangan di Timur Tengah yang berpotensi memberi kesan kepada pasaran tenaga global.
Selain itu, usaha akan diperkukuh bagi memastikan keterjaminan bekalan bahan api negara serta melindungi rakyat dan ekonomi daripada kesan penuh gangguan rantaian bekalan. - DagangNews.com








