| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

TNG Digital kenakan bayaran 1.0 peratus untuk tambah nilai guna kad kredit mulai 23 Februari 2024

KUALA LUMPUR 5 Feb - TNG Digital Sdn Bhd akan memperkenalkan bayaran 1.0 peratus untuk semua tambah nilai kad kredit mulai 23 Februari ini.

 

Bagaimanapun, semua tambah nilai melalui Pemindahan DuitNow dan kad debit akan terus menjadi percuma.

 

Sentoria janji projek sakit di Morib disiapkan Jun 2024 selepas dapat pelepasan sementara daripada KPKT

KUALA LUMPUR 5 Feb - Sentoria Group Berhad (Sentoria) menerima pelepasan sementara daripada senarai pembangunan perumahan tertunda (kategori projek sakit) daripada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi projek Orked iaitu pembangunan rumah teres di Teluk Morib, Sel

RHB Investment hentikan liputan ke atas saham GDEX berikutan kerugian berterusan sejak 1QFY22

KUALA LUMPUR 5 Feb - RHB Investment menghentikan liputan ke atas GDEX Bhd selepas kumpulan itu terus mencatatkan kerugian bagi tujuh suku tahunanan secara berturut-turut bermula suku 1QFY22. 

 

KWSP benarkan ahli guna dana Akaun 2 beli insurans untuk ahli keluarga terdekat

KUALA LUMPUR 5 Feb - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan pihaknya membenarkan ahli menggunakan dana dalam Akaun 2 mereka untuk membeli produk insurans hayat dan penyakit kritikal serta takaful untuk ahli keluarga terdekat.

 

Rasionalisasi subsidi bahan api, kenaikan cukai perkhidmatan berpotensi lonjak kadar inflasi tahun ini antara 3.2% hingga 3.6% – RHB Investment

KUALA LUMPUR 5 Feb - Rasionalisasi subsidi bahan api dan peningkatan cukai perkhidmatan berpotensi mendorong inflasi tahun ini ke paras 3.2% hingga 3.6% berbanding purata 2.5% tahun lalu, kata RHB Investment.

 

HeiTech Padu, MPKK jalin kerjasama pacu Kulim jadi bandar pintar

KUALA LUMPUR 5 Feb - Kerjasama strategik antara HeiTech Padu Bhd dan Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) bersedia untuk memacu pembangunan daerah itu, membuka jalan untuk berkembang menjadi bandar pintar.

 

Proton berjaya jual 12,882 kenderaan pada Januari 2024, satu-satunya jenama catat peningkatan berbanding Disember 2023

KUALA LUMPUR 5 Feb - Proton menjadi satu-satunya jenama automotif yang mencatat prestasi jualan lebih baik pada Januari 2024 berbanding bulan sebelumnya dengan peningkatan jualan sebanyak 1.3%.

 

Harga gula tinggi diunjur beri impak negatif kepada margin untung kasar Fraser & Neave

KUALA LUMPUR 5 Feb - TA Research mengunjurkan harga gula semasa yang tinggi serta ketidakstabilan harga bahan mentah utama seperti susu tepung dan minyak sawit akan memberi kesan kepada margin untung kasar Fraser & Neave Holdings Bhd.

 

TNB, IHI laksana kajian projek pembakaran berskala kecil di dua loji janakuasa

KUALA LUMPUR 5 Feb - Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang menjalankan kajian bersama dengan syarikat Jepun, IHI Corporation (IHI) untuk merintis projek pembakaran bersama berskala kecil di dua stesen janakuasanya iaitu Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah (SJSAS) di Manjung, Perak d

Subscribe to