| DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Sektor pengguna berpotensi catat hasil positif pada 2025 dipacu peningkatan pendapatan boleh guna - Maybank IB

KUALA LUMPUR 10 Jan - Sektor pengguna berpotensi mencatatkan hasil positif pada 2025 dipacu faktor makroekonomi yang kukuh dan bantuan kerajaan yang dijangka meningkatkan pendapatan boleh guna, meningkatkan sentimen pengguna serta kapasiti perbelanjaan.

 

Petronas capai Keputusan Pelaburan Akhir pembangunan lapangan minyak dan gas Hidayah di Indonesia

KUALA LUMPUR 10 Jan - PC North Madura II Ltd., anak syarikat Petronas, mencapai Keputusan Pelaburan Akhir (FID) untuk pembangunan lapangan minyak dan gas Hidayah, yang terletak di Kawasan Kontrak Madura Utara II, Jawa Timur, Indonesia.

 

Jualan Sektor Pembuatan berkembang 4.5%, catat RM161.9 bilion pada November 2024 - DOSM

KUALA LUMPUR 10 Jan - Jualan Sektor Pembuatan berkembang 4.5 peratus, berjumlah RM161.9 bilion pada November 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

 

Permintaan keluli dianggar pulih secara beransur-ansur pada 2025 didorong kestabilan pasaran hartanah, kata Kenanga Research

KUALA LUMPUR 10 Jan - Kenanga Research menganggarkan pemulihan beransur-ansur terhadap permintaan keluli pada 2025 didorong pasaran hartanah yang stabil.

 

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Sepetang dilantik sebagai CEO Tourism Selangor

KUALA LUMPUR 10 Jan - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Sepetang, Chua Yee Ling, dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, berkuat kuasa serta-merta.

 

Target 1 kuasai South Malaysia Industries, lantik enam pengarah

KUALA LUMPUR 10 Jan - Target 1 Sdn Bhd, pemegang saham terbesar South Malaysia Industries Bhd (SMI) dengan pegangan 30.67%, berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) semalam, di mana para pemegang saham meluluskan enam resolusi untuk melantik pengarah baharu.

Public Bank gagal capai syarat 50% saham LPI

KUALA LUMPUR 10 Jan - Public Bank Bhd (PBB) gagal memperoleh lebih daripada 50% saham undi dalam LPI Capital Bhd dan akan mengembalikan semua saham LPI kepada pemegang saham yang menerima tawaran tersebut.

 

Kelulusan pelaburan RM1.05 bilion bagi Kluster Baram Junior diramal kembangkan aset huluan domestik Dialog - Penganalisis

KUALA LUMPUR 10 Jan - Kelulusan pelaburan Dialog Group Bhd bernilai AS$235 juta (RM1.06 bilion) bagi Kontrak Perkongsian Pengeluaran Aset Medan Kecil Kluster Baram Junior (BJC SFA PSC) dipercayai akan mengembangkan aset huluan domestik kumpulan itu, kata penganalisis.

Packet Interactive terima lesen pemberian pinjaman digital daripada KPKT, perluas perkhidmatan kewangan

KUALA LUMPUR 10 Jan - Anak syarikat milik penuh Green Packet Bhd, Packet Interactive Sdn Bhd (Packet Interactive), memperoleh lesen pemberian pinjaman digital daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), membolehkan syarikat memperluas perkhidmatan kewangan kepada

Subscribe to