KUALA LUMPUR 14 Feb - Eksport getah asli dan produk getah Malaysia meningkat sebanyak 44% atau RM71 bilion pada tahun 2021 berbanding RM49.2 bilion pada tahun 2020.
KUALA LUMPUR 14 Feb - Ekonomi Malaysia dijangka mencapai pemulihan secara beransur-ansur daripada kemelesatan akibat pandemik COVID-19, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
SHAH ALAM 14 Feb - Pertambahan jumlah warga emas berumur 65 tahun dan ke atas mengikut Laporan Penemuan Utama Banci Penduduk dan Perumahan 2020 akan membantu negara dalam menggubal dasar dan bersiap sedia bagi menghadapi situasi Malaysia sebagai negara menua.
KUALA LUMPUR 14 Feb - Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan danKoperasi (MEDAC) serta SME Bank untuk membantu memulihkan perniagaan 11 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia pasca pandemik.
KUALA LUMPUR 14 Feb - Malaysia dan negara lain di rantau ini perlu menyegerakan pembukaan sempadan masing-masing untuk membantu pemulihan ekonomi terutama dalam sektor perdagangan dan pelancongan tanpa meningkatkan risiko kesihatan rakyat.
KUALA LUMPUR 14 Feb - Telekom Malaysia Bhd. (TM) menerusi anak syarikatnya, Webe Digital Sdn. Bhd. menerima tawaran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk peruntukan spektrum bagi 20MHz dalam frekuensi jalur 2,575MHz hingga 2,595MHz.
KUALA LUMPUR 14 Feb - Syarikat pemula tempatan, BlueDuck melancarkan produk terbaharunya BlueDuck Smart Commercial yang ditaja jamin oleh Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General), hari ini.
SHAH ALAM 14 Feb - Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak perlu meletak jawatan kerana dikompaun oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas melanggar prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19.
KUALA LUMPUR 14 Feb - Universiti Malaya (UM) memperbaharui jalinan kerjasama dengan Siemens Healthineers Malaysia dalam bidang pendidikan bersama Fakulti Kejuruteraan Bioperubatan selama tiga tahun bagi membangunkan bakat tempatan dalam bidang itu.