Syarikat 49% milik Syed Mokhtar cadang senaraikan Lotus Technology
KUALA LUMPUR 21 Feb - Etika Automotive Sdn. Bhd. yang memiliki 49% pegangan dalam Lotus Cars merancang untuk menyenaraikan cabang perniagaannya, Lotus Technology di pasaran saham yang dianggarkan bernilai sekitar £5 hingga £6 bilion (RM28.5 bilion hingga RM34.2 bilion).










