Keuntungan JAG bagi FY2021 melonjak 2 kali ganda kepada RM18.7 juta
KUALA LUMPUR 24 Feb - Syarikat pengurusan sisa, JAG Berhad (JAG) mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM18.7 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 (FY2021), meningkat 2 kali ganda daripada RM9 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.











