PUTRAJAYA 19 Mei - Produktiviti buruh Malaysia yang digambarkan sebagai nilai ditambah per pekerja meningkat 2.7% berbanding 1.7% pada suku keempat 2021 (Q42021) dengan merekodkan RM23,129 pada suku pertama 2022 (Q1), menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
KUALA LUMPUR 19 Mei - Syarikat peneraju teknologi sumber manusia yang berpangkalan di Malaysia, OS HRS berjaya memuktamadkan perjanjian bagi mengambil alih syarikat Frontier e-HR iaitu sebuah syarikat pakar teknologi sumber manusia berasaskan awan yang mengendalikan pelbagai syar
KUALA LUMPUR 19 Mei - Kadar pengambilan bagi pelancaran baharu projek Lagenda Properties Bhd. dijangka kekal menggalakkan di sebalik sedikit kenaikan harga jualan.
KUALA LUMPUR 19 Mei - Langkah XOX Berhad menerusi anak syarikatnya XOX Pro Sport Sdn. Bhd. mengambil alih Perak FC dilihat memberi kelegaan bukan sahaja kepada pemain serta pengurusan tetapi juga kepada penyokong mereka.
SINGAPURA 19 Mei - Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI) Asia Pasifik telah melantik Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB), Datuk Iskandar Mizal Mahmood sebagai Lembaga Pengarah Serantau pada Mesyuarat Lembaga Pengarah Serantau ACI ke-17.
KUALA LUMPUR 19 Mei - RHB Research mengekalkan pandangan 'neutral' terhadap Sunway Real Estate Investment Trust's (Sunway REIT) dengan harga sasaran disemak lebih tinggi kepada RM1.46 daripada RM1.45 sebelum ini.
KUALA LUMPUR 19 Mei - Harga minyak sawit mentah dijangka kekal tinggi pada separuh pertama 2022 ekoran krisis bekalan minyak sayur-sayuran yang masih berterusan disebabkan ketegangan geopolitik dan sekatan Indonesia terhadap eksport minyak sawit.
KOTA KINABALU 19 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual merasmikan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini esok.
KUALA LUMPUR 19 Mei - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research mengekalkan saranan 'beli' untuk Press Metal Aluminium Holdings Berhad dengan harga sasaran (TP) lebih rendah RM7.59 berbanding RM7.71.