KUALA LUMPUR 16 Sept - Kempen derma darah anjuran Vedha’s Indian Cuisine dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) sempena Hari Malaysia menerima sambutan baik, hari ini.
MELAKA 16 Sept - Proses membina Keluarga Malaysia yang bersatu padu dan memiliki satu identiti nasional perlu terus dipertahan, demi menjamin kelangsungan kedaulatan negara bangsa, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
ALOR SETAR 16 Sept - Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.50 peratus dilihat berkemungkinan akan mempengaruhi orang ramai untuk membeli rumah, terutamanya kumpulan isi rumah M40 yang kebanyakannya mempunyai komitmen pinjaman bank terutamanya pembiayaan peribadi.
PUTRAJAYA 16 Sept - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembayaran Fasa 3 dan Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 20 September 2022 secara berperingkat dan dijangka selesai pada 27 September 2022.
KUALA LUMPUR 16 Sept - Pengeluar kabel kuasa dan wayar Sarawak Cable Bhd (SCable) mengumumkan Datuk Ahmad Redza Abdullah akan melepaskan jawatannya sebagai pengarah eksekutif dan pengarah urusan kumpulan pada penghujung tahun ini selepas 13 tahun berada di syarikat itu.
KUALA LUMPUR 16 Sept - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap pihak ASEAN dan China dapat menyegerakan penambahbaikan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA) untuk manfaat bersama.
KUALA LUMPUR 16 Sept - Pembuat pakaian dalam yang berpangkalan di Perak, Caely Holdings Bhd berkata pengasas dan pengarah bukan eksekutifnya Datin Fong Nyok Yoon telah meletak jawatan berkuatkuasa serta-merta, memberi alasan isu kesihatan.
PUTRAJAYA 16 Sept - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa rakyat supaya menyemarakkan lagi perpaduan bersempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September.
KUALA LUMPUR 16 Sept - Axiata Group Bhd mengorak langkah lebih dekat untuk menggabungkan operasi telekomunikasi anak syarikatnya Celcom Axiata Bhd dengan unit Norwegian Telenor Group DiGi.Com Bhd, berikutan kelulusan diperoleh daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).