KUALA LUMPUR 14 Jan - Petron Malaysia membuka stesen minyaknya yang ke-800 iaitu Petron Pedas-Linggi Layby Southbound terletak di Lebuhraya Utara-Selatan PLUS bagi memenuhi keperluan para pemandu yang menuju ke arah selatan tanah air.
KUALA LUMPUR 14 Jan - Aliran keluar dana asing daripada pasaran modal tempatan, berkemungkinan berterusan sehingga Donald Trump memulakan tugas sebagai Presiden AS dan pelabur mendapat sedikit kejelasan mengenai hala tuju dasar beliau.
KUALA LUMPUR 14 Jan - Konsortium bank digital Islamik yang diketuai oleh KAF Investment Bank Bhd (KAF IB), menerima kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan (MOF) untuk memulakan operasi, berkuat kuasa 20 Disember 2024.
KUALA LUMPUR 14 Jan - ViTrox Corp Bhd mungkin perlu meningkatkan perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk mengatasi persaingan harga yang sengit dari China bagi segmen sistem penglihatan mesin (MVS), kata CGS International.
KUALA LUMPUR 14 Jan - Penyedia perkhidmatan kejuruteraan dan pembinaan, Kimlun Corp Bhd (Kimlun) menjual sebidang tanah pegangan bebas seluas 56.5 hektar di Kota Tinggi, Johor, dengan harga RM55 juta kepada KT Techpark Sdn Bhd.
KUALA LUMPUR 14 Jan - Pengguna di Malaysia kini boleh mencari rumah idaman mereka dengan sambungan internet terbaik di laman sesawang Mudah Property, menerusi penyepaduan perkhidmatan CelcomDigi Fibre dan CelcomDigi 5G Home Wifi hasil kerjasama antara Mudah.my dengan CelcomDigi.<