Duti solar AS ancam peranan Malaysia dalam rantaian bekalan tenaga bersih global - FMM
KUALA LUMPUR 23 APRIL - Tindakan Amerika Syarikat (AS) mengenakan duti terbaharu ke atas panel solar dari empat negara Asia Tenggara termasuk Malaysia dijangka memberi implikasi buruk ke atas pangkalan pembuatan di seluruh rantau ini, kata Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM).








