Generasi muda perlukan jenama perniagaan sendiri, bukan pekerjaan | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
Infiniti - 16 February 2024

Generasi Muda Perlukan Jenama Perniagaan Sendiri Bukan Pekerjaan

 

 

 

MENGGALAKKAN orang muda untuk membangunkan jenama perniagaan sendiri pada usia muda merupakan satu usaha untuk menggalakan orang muda terlibat dalam bidang keusahawanan pada usia muda.

 

Ini juga adalah untuk menjadikan golongan muda di negara kita berubah dari golongan pekerja kepada golongan pencipta kerja.

 

Usaha ini dilihat sebagai usaha untuk bukan sahaja membentuk usahawan muda tetapi mewujudkan kumpulan yang mencipta pekerjaan dan “game changer” dalam masyarakat.

 

Kini perkataan syarikat pemula tidak lagi asing bagi usahawan muda. Para belia kini digalakkan untuk mengusahakan apa yang dikatakan sebagai syarikat pemula dan seterusnya bertindak sebagai pencipta pekerjaan dalam masyarakat.


 

infiniti

 


Orang Muda dan Perkembangan Syarikat Pemula

Pengalaman dan gaya hidup yang lebih santai membolehkan orang muda untuk berada di dalam suasana sebuah syarikat pemula. Kehidupan orang muda yang berorentasikan suasana cepat dan pantas terbiasa dengan budaya dan semangat kerja secara santai.

 

Orang muda yang bekerja di sebuah syarikat e-dagang berasaskan kecantikan sebagai contohnya pasti berminat untuk mempunyai jenama sendiri.

 

Mereka yang sudah terbiasa menjadi agen dropshipper perlu membina rangkaian perniagaan mereka sendiri, bersedia untuk memajukan diri mereka seterusnya menjadi pemilik jenama mereka pada masa hadapan.

 

Namun untuk berjaya orang muda ini perlu banyak belajar dari perkembangan jenama unggul di pasaran yang masih dikuasai oleh produk asing.

 

Pada masa ini, idea muncul untuk mewujudkan jenama kecantikan tempatan dalam kalangan orang muda semakin meningkat dan ini seharusnya menjadi aspirasi kepada penggiat industri lain.

 

Dengan aspirasi untuk memajukan Malysia dalam industri lokal maka ini dapat menyuntik perkembangan sihat dalam perkembangan industri tempatan.

 

Ini juga akan membesarkan golongan pencipta pekerjaaan di dalam masyarakat seterusnya mengekang kadar pengangguran.


 

infiniti

 


Malaysia telah menyediakan kita dengan satu pasaran yang stabil lagi menguntungkan di samping menyediakan sebuah ekosistem perniagaan yang semakin baik,yang selesa, aman, dan berkembang.

 

Sebagai tanda terima kasih kita orang muda dalam masyarakat harus menjadikan diri mereka lebih kreatif dalam memacu perkembangan ekonomi mendatang.

 

Bergantung harap sepenuhnya pada inisiatif kerajaan semata-mata harus di kikis dalam meniti perkembangan sebuah negara maju.

 

Mungkin mereka tidak bermula dengan sesuatu perkara besar, tetapi dengan satu langkah kecil, kita optimis golongan muda dapat menyumbang untuk memajukan industri nano dan mikro Malaysia.

 

Cabaran paling sukar golongan muda untuk mempunyai jenama perniagaan sendiri pada masa in adalah meyakinkan diri mereka sendiri yang mereka boleh keluar dari zon selesa mereka dan mencabar tingkat kreativiti mereka sendiri ke peringkat tertinggi dan meyakinkan masyarakat tentang kualiti dan imej produk yang mereka kerjakan setanding dengan produk luar negara.

 

Untuk pengetahuan orang muda dan remaja pada masa ini, tidak banyak jenama indie tempatan, dan imej produk tempatan  itu sendiri masih kurang meyakinkan dari segi kualiti dan keselamatan.

 

Orang Muda Kreatif Bangun Jenama Sendiri

Namun, ini adalah masanya orang muda membuktikan mereka mampu mempelopori jenama mereka sendiri seterusnya mengembangkan jenama tempatan, hanya masa akan membuktikan perjuangan orang-orang muda dalam perniagaan mula menunjukkan peluang yang cerah. 


 

infiniti

 


Melalui jenama dalam bidang kecantikan, pasaran baru perlahan-lahan dapat meyakinkan orang ramai bahawa produk jenama tempatan tidak kalah dengan produk yang diimport. 

 

Malah, juga banyak usahawan muda juga berjaya menjual produk kecantikannya ke luar negara.

 

Jumlah jenama tempatan semakin berkembang, dan ini tidak menjadikannya pesaing, tetapi pendamping dalam merealisasikan impian mereka.

 

Kini kita semakin mula meletakkan harapan pada perkembangan jenama tempatan yang dipelopori oleh orang muda ini.

 

Kita ingin lihat perkembangan sihat ini akan terus berkembang bukan sahaja dalam industri kecantikan.

 

Untuk memacu kejayaan ini  kita seharusnya memiliki satu kesamaan, memandang jauh ke depan.

 

Orang muda perlu menetapkan tujuan mereka untuk menjadi golongan pencipta pekerjaan dan memiliki jenama sendiri.

 

Para pengusaha muda juga perlu mampu mengekalkan pelanggan, pelanggan yang diinginkan memainkan peranan penting dalam kejayaan perniagaan kecil.


 

infiniti

 


Bukan hanya pelanggan berulang yang menjana pendapatan tetap, pelanggan atau pelanggan baru yang gembira juga dapat membuat pemasaran dari mulut ke mulut yang kuat.

 

Walaupun orang muda tidak mempunyai masa, masih ada cara untuk meningkatkan kemahiran mereka dan terus belajar sehingga perniagaan mereka terus meningkat.- DagangNews.com

 

Afizan Amer adalah Pensyarah Kanan Pemasaran Digital, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Kampus Rembau , Universiti Teknologi Mara N.Sembilan.

 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL INFINITI

 

dagangnews

 

Portfolio Tags