Belanjawan 2026 dukung matlamat RMK13, tumpu tiga teras utama - Amir Hamzah
PUTRAJAYA 7 Ogos - Belanjawan 2026 adalah belanjawan sulung yang mendukung matlamat Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) dan akan menumpukan kepada tiga teras utama iaitu menaikkan siling, menaikkan lantai serta memperkukuh tatakelola baik dalam pentadbiran negara.






