Tanah runtuh: Mayat ibu dan anak berpelukan dijumpai, 18 maut setakat ini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Tanah runtuh: Mayat ibu dan anak berpelukan dijumpai, 18 maut setakat ini

Gambar Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri

HULU SELANGOR 16 Dis - Mayat mangsa ke-17 dan ke-18 dijumpai di bawah runtuhan dekat tepi sungai, jam 4.40 petang tadi.

 

Mangsa ditemui berpelukan ialah pasangan ibu dan anak perempuan berusia kira-kira tiga tahun, lapor Berita Harian.

 

Kedua-dua mangsa dipercayai berkhemah di kawasan berhampiran tetapi pergerakan tanah menolak mangsa berhampiran sungai.

 

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor berkata, penemuan mayat dua beranak itu menjadikan mangsa yang masih dikesan 15 orang.

 

"Seramai 230 pegawai dan anggota JBPM dari Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan akan meneruskan pencarian sehingga malam ini.

 

"Operasi mencari dan menyelamat akan dihentikan sekiranya cuaca tidak mengizinkan," katanya.

 

 

tanahruntuh

 

 

tanahruntuh

 

 

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah dijadual mengadakan sidang media petang ini. - DagangNews.com