PEOPLElogy Digital lancar aplikasi Skillsture bagi orang ramai pelajari kemahiran masa hadapan | DagangNews Skip to main content

PEOPLElogy Digital lancar aplikasi Skillsture bagi orang ramai pelajari kemahiran masa hadapan

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 29 Nov - PEOPLElogy Digital melancarkan aplikasi Skillsture bagi melengkapkan generasi hari ini dengan kemahiran masa hadapan.

 

Menerusi ciri aplikasi mudah alih yang inovatif dan mesra pengguna, pengguna akan dapat akses dan mempelajari pelbagai kemahiran yang sangat diperlukan seperti big data, komputer awan, keselamtan siber, pemasaran digital dan UI/UX Design. 

 

Aplikasi itu juga bertujuan untuk menyelesaikan isu kekurangan tenaga manusia dalam industri IT dan digital dengan melengkapkan penggunanya dengan kemahiran serta pengetahuan bagi mendorong mereka ke arah mendapatkan kerjaya bergaji tinggi dalam pasaran pekerjaan.

 

Pelajar yang mendaftar dengan aplikasi Skillsture boleh mengikuti dengan mudah kandungan latihan yang agak interaktif dan padat berbanding kursus yang lebih panjang untuk membantu mereka meningkatkan kemahiran tanpa menjejaskan intipati perkara yang akan dipelajari. 

 

Kursus-kursus ini boleh diakses pada kadar yang lebih berpatutan.

 

Pengasas Kumpulan PEOPLElogy dan Ketua Bahagian Digital, Allen Lee berkata, Skillsture akan membuahkan hasil untuk mencapai matlamat organisasi dalam mengembangkan usaha pendigitalannya. 

 

skillsture
Allen Lee (berdiri empat dari kiri) bersama pasukan PEOPLELogy ketika melancarkan aplikasi Skillsture.

 

“Skillsture akan membangunkan aplikasi web seiring dengan aplikasi mudah alihnya, di samping platform siaran langsung yang popular. 

 

"Kami juga akan menggunakan teknologi lain untuk mengintegrasikan sistem dan analisis data yang boleh kami gunakan untuk terus menyediakan maklumat yang berkaitan dengan kerjaya mereka seperti perkara yang perlu meningkatkan kemahiran diri mereka supaya kekal relevan dalam industri. 

 

"Skillsture akan menggabungkan pembelajaran maya melalui konsep rangka kerja yang kami panggil Skillstree. 

 

"Rangka kerja ini akan dapat menyelaraskan keseluruhan laluan kerjaya, termasuk semua kemahiran yang diperlukan untuk menguasai kecemerlangan dalam sesuatu pekerjaan," katanya. - DagangNews.com