Azizan Osman diiktiraf sebagai Akauntan Bertauliah oleh Institut Akauntan Malaysia | DagangNews.com Skip to main content

Azizan Osman diiktiraf sebagai Akauntan Bertauliah oleh Institut Akauntan Malaysia

Datuk Wira Dr Azizan Osman
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 2 Dis - Pengasas RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman telah diiktiraf sebagai Akauntan Bertauliah daripada Institut Akauntan Malaysia (MIA) menerusi perkongsiannya di Instagram, semalam.

 

Dr Azizan memuatnaik kenyataan melalui emel daripada MIA yang memaklumkan permohonan beliau sebagai Akauntan Bertauliah telah diluluskan pada mesyuarat majlis baru-baru ini.

 

Beliau menzahirkan rasa bersyukur dan pada masa sama berasa tidak percaya apabila permohonan tersebut diluluskan.

 

"Tak percaya!!! MasyaAllah Tabarakallah baru dapat approval diterima sebagai Chartered Accountant (Malaysian Institute of Accountant)! Impian boleh jadi kenyataan! Alhamdulillah!," katanya.

 

Menerusi emel tersebut, MIA turut mengucapkan tahniah dan menyatakan surat rasmi akan dihantar kepada Dr Azizan dalam masa terdekat.

 

Institut tersebut memaklumkan, beliau dikehendaki menghadiri Kursus Induksi Ahli dalam tempoh enam bulan selepas kemasukan sebagai ahli. 

 

"Keperluan ini diperuntukkan di bawah Seksyen B100 Undang-Undang Kecil Institut (Mengenai Etika, Kelakuan dan Amalan Profesional)," menurut emel berkenaan.

 

 

azizan

 

 

Pada Oktober lepas, Mentor Usahawan itu berjaya menggenggam Ijazah Kedoktoran (PhD) Pentadbiran Perniagaan daripada Asia e University (AeU) selepas menamatkan pengajian enam bulan lebih awal.

 

Kejayaan tersebut membolehkan beliau meraih PhD pertamanya daripada universiti tempatan. 

 

Sementara itu, RichWorks mempelawa Bangsa Usahawan untuk bersama Dr Azizan dalam sesi khas menerusi 'Live Voice Chat' di saluran Telegram Azizan Osman Official pada 4, 11, 18, 25 Disember dan 1 Januari 2023.

 

 

azizan

 

 

Sesi tersebut bertujuan untuk membincangkan persediaan dan persiapan usahawan bagi menghadapi cabaran keusahawanan untuk tahun 2023.