KUALA LUMPUR 3 Jan - Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) menawarkan penjimatan sehingga RM4,000 untuk model terpilih untuk para pelanggan sempena Tahun Baharu Cina, mulai 1 Januari hingga 28 Februari 2023.
VPCM dalam satu kenyataan berkata, model tersebut, termasuk Golf GTI, keluarga Tiguan Allspace (Life, Elegance dan R-Line), dan Arteon R-line 4MOTION.
Katanya, semua pengedar Volkswagen di seluruh negara akan mengadakan sambutan bilik pameran Tahun Baharu Cina pada 7 dan 8 Januari, dengan tawaran dan pandu uji untuk semua model, khususnya keluarga Tiguan Allspace.
"Pemeriksaan kenderaan percuma juga disediakan di pusat servis terpilih, untuk persediaan menghadapi tempoh perjalanan semasa perayaan yang akan datang. Pemilik dijemput untuk membuat temu janji melalui aplikasi Volkswagen Cares," katanya.
Menurut kenyataan itu, kempen selepas jualan Volkswagen Genuine Services sedang berjalan dari 1 Januari hingga 31 Mac 2023 untuk pelanggan Volkswagen memanfaatkan sepenuhnya.


"Sepanjang tempoh kempen, pelanggan yang membelanjakan minimum RM800 di mana-mana pusat servis Volkswagen akan menerima baucar barangan rasmi RM30.
"Gunakan baucar kempen ini untuk memenangi lebih banyak barangan, termasuk kerusi khas istimewa Volkswagen," katanya.

Katanya, pelanggan Volkswagen Care Plus (VCP) akan menerima kit pembasmian kuman percuma dengan setiap perkhidmatan dan penggunaan baucar diskaun perkhidmatan VCP yang disediakan dalam aplikasi Volkswagen Cares. - DagangNews.com








