Virus menyerupai COVID-19 pernah dihantar ke makmal Wuhan 7 tahun lepas | DagangNews Skip to main content

Virus menyerupai COVID-19 pernah dihantar ke makmal Wuhan 7 tahun lepas

Covid-19

KUALA LUMPUR 7 Julai - Sampel virus yang mempunyai ciri-ciri persamaan dengan COVID-19 didakwa pernah dihantar ke makmal Wuhan, China pada tujuh tahun lalu.

Laporan mengenai sampel itu didedahkan oleh Sunday Times baru-baru ini. 

Sampel virus itu dihantar oleh beberapa saintis yang memperolehnya daripada bekas perlombongan tembaga yang dipenuhi kelawar di barat daya China. 

Sampel berkenaan dihantar berikutan enam orang pekerja yang mencuci najis kelawar di kawasan perlombongan itu mengalami radang paru-paru yang teruk. 

Baca : Wabak baharu di China, mampu membunuh dalam masa 24 jam

Wuhan adalah pusat awal COVID-19 yang menjumpai virus berkenaan buat pertama kali pada November 2019.

Menurut seorang doktor yang menyelia kes berkenaan, tiga lelaki daripada mereka meninggal dunia. 

Selepas itu, She Zhengli iaitu penganalisis yang menjalankan kajian ke atas kawasan perlombongan sama pada Februari tahun ini mendapati sampel yang dinamakan 'RaTG13' itu mempunyai persamaan 96.2% dengan virus COVID-19. 

Bagaimanapun, pihak makmal Wuhan menafikan terdapat salinan sampel virus RaTG13 di makmal berkenaan.  - DagangNews.com