Twitter perkenal format panjang sehingga 4,000 aksara | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Twitter perkenal format panjang sehingga 4,000 aksara

KUALA LUMPUR 9 Feb - Pengguna Twitter kini boleh menggunakan sehingga 4,000 aksara di platform tersebut, umum syarikat itu melalui akaun rasmi Twitter Blue.

 

Menurut laman web XDA Developers, pengumuman secara mengejut itu dibuat setelah mempertimbangkan permintaan ramai sejak beberapa tahun lalu.

 

Katanya memetik Twitter, pembaharuan itu tidak akan mengubah kebanyakan ciri platform itu di mana pengguna masih boleh memuat naik gambar, tinjauan pendapat dan penggunaan hashtag.

 

"Namun, satu kelemahan platform tersebut adalah tidak dapat menyimpan draf atau menjadualkan tweet yang panjang,” katanya.

 

Pengguna juga dapat melihat pembaharuan itu melalui pengumuman yang dikongsikan di akaun rasmi Twitter Blue.

 

XDA Developers berkata tweet 4,000 aksara itu akan ditunjukkan pada 280 aksara di garis masa namun pengguna boleh tekan butang ‘Show More’ di sudut kanan bawah untuk mengembangkan tweet.

 

Walaupun tweet panjang hanya tersedia untuk pelanggan Twitter Blue, semua orang masih dapat membaca, memetik dan mengetweet semula, tambahnya.

 

Laman web itu juga berkata, format tweet panjang ini hanya boleh digunakan oleh pelanggan Twitter Blue pada kadar AS$8 sebulan atau AS$11 sebulan untuk langganan dari peranti iOS.

 

Walau bagaimanapun, pengguna boleh menjimatkan AS$1 sebulan dengan menyertai langganan tahunan. – DagangNews.com