Tonton `live’ bola sepak EPL di England menerusi kempen ‘Winners Are Dreamers’ MBSB Bank | DagangNews Skip to main content

Tonton `live’ bola sepak EPL di England menerusi kempen ‘Winners Are Dreamers’ MBSB Bank

Oleh JOHARDY IBRAHIM

BAHARU enam perlawanan Liga Perdana Inggeris berlangsung setakat ini, namun bahangnya cukup terasa terutama pertarungan membabitkan kelab-kelab gergasi seperti Manchester City, Liverpool, Arsenal dan Manchester United. 

 

Begitu juga perhatian terhadap pasukan Chelsea yang melabur hampir setengah bilion pound, hanya mencatatkan satu kemenangan setakat ini.


 

hancus
Chelsea tewas 0-1 kepada Aston Villa dalam perlawanan EPL pada 24 September, kekalahan ketiganya.

 


Ini ditambah lagi dengan `kekacauan’ daripada kelab-kelab Arab Saudi yang memikat pemain superstar EPL dengan tawaran perpindahan yang luar biasa.

 

Segala gegak-gempita di atas, diikuti dengan teliti oleh para penyokong kelab EPL, malah ada yang mula menyimpan keinginan untuk menjejak kaki di stadium-stadium kelab pilihan hati masing-masing di England.


 

anfield
Ramai mengimpikan untuk menjejak kaki ke Stadium Anfield kepunyaan kelab terkemuka England, Liverpool

 


Apakah impian ke England itu hanya `mimpi di siang hari’? Tidak semestinya! Ini kerana MBSB Bank Berhad menawarkan peminat bola sepak di Malaysia peluang sekali seumur hidup untuk memenangi hadiah menonton perlawanan EPL di England dengan semua perbelanjaan ditanggung melalui kempen 'Winners Are Dreamers'.

 

Kempen ini terbuka kepada pelanggan-pelanggan individu yang memiliki mana-mana rangkaian luas produk MBSB Bank meliputi Deposit Bertempoh-i, Deposit Bertempoh Junior-i, Akaun Simpanan-i, Pembiayaan Peribadi-i, Pembiayaan Pendidikan-i, Pembiayaan Hartanah-i, Takaful dan e-Wallet.

 

Selain itu, MBSB Bank juga melaksanakan kempen khas untuk pelanggan yang mempunyai anak-anak belia melalui kempen ‘Dare to Dream'. Buka Akaun Simpanan M-Junior-i dan anak anda akan berpeluang untuk berlatih dengan kelab Wolverhampton Wanderers, atau lebih dikenali dengan sebagai “Wolves”.

 

BACA JUGA: Peluang sertai klinik bola sepak jurulatih Wolverhampton Wanderers menerusi kempen `Dare to Dream' MBSB Bank

 

Pemegang Akaun Simpanan M-Junior-i  juga boleh menikmati kadar keuntungan sebanyak 2.25% setahun, selain beg sekolah eksklusif percuma.


 

MBSB

 


Ketua Pegawai Eksekutif MBSB Bank, Datuk Nor Azam M Taib berkata, pihaknya sentiasa memikirkan pendekatan yang kreatif dan inovatif untuk melibatkan diri dengan pelanggan serta orang ramai, dan bola sepak sememangnya salah satu cara terbaik untuk melakukannya.

 

"Kempen 'Winners Are Dreamers' dan 'Dare To Dream' direka khas bertepatan dengan MBSB Bank Championship 2023, menawarkan tawaran istimewa dan pengalaman eksklusif kepada pelanggan kami," katanya dalam kenyataan media di sini, baru-baru ini.

 

Selain menyemai sikap celik kewangan dan perancangan kewangan untuk pelanggan, aspek gamifikasi (maklumat) kempen kombo ini menggabungkan keterujaan bola sepak, perkongsian semangat untuk sukan ini dan memberi inspirasi kepada mereka yang mengambil bahagian untuk bercita-cita tinggi.

 

"Ini memupuk hubungan positif antara MBSB Bank, bola sepak dan masyarakat," katanya.

 

Di samping kempen-kempen ini, MBSB Bank turut memperkenalkan Kad Visa Debit-i MBSB Bank Championship edisi terhad yang direka khas untuk pelanggan yang merupakan pencinta bola sepak.

 

Kempen Winners Are Dreamers dan Dare To Dream akan berlangsung sehingga 31 Januari 2024 dan ia sejajar dengan kerjasama strategik MBSB Bank dengan Liga Bolasepak Amatur (AFL).

 

Sila layari www.mbsbbank.com untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen Winners Are Dreamers dan Dare To Dream.  - DagangNews.com