KUALA LUMPUR 3 Jan - Siemens Malaysia telah melantik Tindaro Danze sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa 1 Januari 2023.
Pada masa sama, Danze turut bertanggungjawab ke atas perniagaan industri digitalnya (DI) di Malaysia.
CEO Siemens ASEAN, Dr Thai-Lai Pham berkata, Danze mempunyai banyak pengetahuan dan kepakaran dalam teknologi digital, strategi perniagaan, pengurusan projek dan bimbingan eksekutif.
“Kombinasi di ibu pejabat dan pengalaman beliau di peringkat serantau akan membolehkannya meningkatkan fokus perniagaan kami di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum pelantikan ini, Danze ialah Ketua Jualan Global bagi perusahaan digital dan pengurusan menegak DI yang berpangkalan di Jerman.
Danze menguruskan unit pendigitalan industri serantau syarikat, melaksanakan projek pendigitalan global serta menyelia pendekatan menegak DI Siemens dalam industri-industri utama. - DagangNews.com








