XOX dan 3cat tawar iPhone serendah RM399, penjimatan sehingga RM800 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

XOX dan 3cat tawar iPhone serendah RM399, penjimatan sehingga RM800

Oleh 'AINA SYAZWINA

KUALA LUMPUR 4 Julai – XOX Bhd dengan kerjasama rangkaian runcit mudah alih 3cat melancarkan inisiatif baharu dengan menawarkan iPhone diperbaharui terpilih serendah RM399 bagi meningkatkan akses rakyat Malaysia kepada telefon pintar premium. 

 

Tawaran itu termasuk penjimatan sehingga RM800, lengkap dengan jaminan setahun dan pilihan ansuran fleksibel.

 

Pengarah Urusan XOX Bhd, Datuk Kenneth Vun berkata, inisiatif itu bertujuan memperluas akses kepada teknologi dengan memastikan lebih ramai orang mampu memiliki peranti premium dan kekal berhubung dengan data berkelajuan tinggi.

 

Malahan, ia turut mencerminkan komitmen XOX dalam merapatkan jurang digital, sejajar dengan peranan telefon pintar sebagai keperluan asas dalam pendidikan, pekerjaan dan kehidupan seharian.

 

xox
Pengarah Urusan XOX Bhd, Datuk Kenneth Vun.

 

Program itu disertakan dengan pelan mudah alih XOX SmartPlan800 yang menawarkan data dan panggilan 5G tanpa had pada harga RM89 sebulan. 

 

Berbeza dengan kebanyakan pelan bundel di pasaran, inisiatif tersebut memisahkan langganan pelan dan pembelian peranti bagi memastikan ketelusan harga serta penggunaan kawalan penuh terhadap perbelanjaan.

 

xox

 

Antara model yang ditawarkan termasuk iPhone 12 (64GB) serendah RM399, iPhone 13 (128GB) pada harga RM799 dan iPhone 15 Pro Max (256GB) berharga RM3,359.

 

Pelanggan boleh memilih untuk membuat bayaran penuh atau melalui pelan ansuran, dan kesemua peranti boleh didapati serta-merta di 21 cawangan 3cat di seluruh negara.- DagangNews.com