Willowglen MSC raih kontrak penyelenggaraan sistem keselamatan RM12 juta dari Singapura | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Willowglen MSC raih kontrak penyelenggaraan sistem keselamatan RM12 juta dari Singapura

Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 23 April – Willowglen MSC Bhd memperoleh kontrak penyelenggaraan bernilai RM12 juta daripada syarikat berpangkalan di Singapura, SP PowerAssets Ltd.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Willowglen berkata kontrak tersebut melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan peralatan keselamatan bahagian hadapan dan diberikan kepada anak syarikatnya, Willowglen Services Pte Ltd.

 

Kontrak berkenaan dijadualkan siap pada 20 April 2031 dan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan sehingga tahun kewangan berakhir 31 Disember 2031.

 

Dengan perolehan kontrak ini, Willowglen MSC dijangka terus mengukuhkan aliran pendapatan berulangnya dalam segmen sistem kawalan industri dan automasi.

 

Pada November tahun lalu, Willowglen MSC melalui anak syarikat milik penuhnya, Willowglen (Malaysia) Sdn Bhd meraih kontrak bernilai RM6.75 juta oleh Tenaga Nasional Berhad bagi melaksanakan bekalan, pemasangan dan kerja jarak jauh Dual Sim Router.

 

Kontrak yang bermula pada 21 November 2025 itu dijangka siap sepenuhnya pada 20 April 2028. - DagangNews.com