Tan Sri Abdul Razak
Oleh Shamsiah Zulkafli
KUALA LUMPUR 28 Feb - Lembaga Pengarah Tenaga Nasional Bhd (TNB), meluluskan lanjutan tempoh jawatan Tan Sri Abdul Razak Abdul Majid sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif dan Bukan Bebas selama dua tahun.
TNB berkata, lanjutan tersebut berkuat kuasa mulai 27 Mac 2025 sehingga 26 Mac 2027.
"Abdul Razak mempunyai kerjaya yang cemerlang di TNB, memberikan sumbangan dalam perancangan, pembinaan dan operasi di ketiga-tiga bahagian teras syarikat, iaitu penjanaan, penghantaran dan pengedaran," kata kumpulan dalam satu pengisytiharan kepada Bursa Malaysia.
Abdul Razak memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Ohio, Amerika Syarikat. - DagangNews.com








