Tasco berkemungkinan besar catat hasil 4QFY24 lebih kukuh disokong oleh kapasiti pengeluaran teguh - RHB Research | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Tasco berkemungkinan besar catat hasil 4QFY24 lebih kukuh disokong oleh kapasiti pengeluaran teguh - RHB Research

Gambar hiasan dari laman web rasmi Tasco
Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 21 Feb - Pendapatan Tasco Bhd diramal semakin kukuh pada suku keempat pada tahun kewangan 2025  (4QFY25) dibantu oleh kapasiti pengeluaran teguh, pasaran pengangkutan laut yang menguntungkan dan sumbangan daripada gudang baharu daripada pemain automotif utama. 

 

RHB Research menyukai syarikat logistik itu kerana  masih mempunyai ruang perkembangan dalam pelbagai segmen walaupun Tasco mencatat prestasi kewangan yang lebih rendah baru-baru ini.

 

Hasil 3QFY25 Tasco mencecah RM243.5 juta, jatuh 18%, membawa jumlah pendapatan bagi sembilan bulan  (9MFY25) pada RM34 juta, iaitu penurunan 24%. 


Firma penyelidikan itu berkata, prestasi kewangan tasco pada suku tersebut berada di bawah jangkaannya memenuhi 55% dan 65% konsensus anggaran tahunnya.

 

“Prestasi kewangan yang lebih rendah itu disebabkan oleh sumbangan yang lebih rendah daripada segmen penghantaran barang dan logistik kontrak (CL).

 

"Selain itu, kami telah melaraskan keuntungan teras kami untuk mengambil kira pelupusan pejabat lama dan kerugian mata wang asing (forex) pada kunci kira-kira kumpulan," katanya dalam satu nota penyelidikan, hari ini.

 

RHB Research juga berpendapat optimis dengan berhati-hati mengenai prestasi perdagangan eksport pada 2025.

 

"Kami percaya industri berorientasikan eksport berada pada kedudukan yang baik untuk mendapat manfaat daripada prospek ekonomi global yang lebih menggalakkan, didorong oleh keadaan monetari global yang reda dan pertumbuhan ekonomi yang berdaya tahan dalam ekonomi utama.

 

"Kami mengurangkan unjuran pendapatan FY25 sehingga FY27 Tasco, masing-masing sebanyak 14%,12% dan 10%. 

 

"Penurunan ini terutamanya disebabkan oleh  pertumbuhan hasil dan andaian margin kami terhadap segmen CL memandangkan pemulihan volum dan pergerakan barangan yang lebih perlahan daripada jangkaan. 

 

RHB Research mengekalkan saranan "beli" dengan harga sasaran (TP) sebanyak RM1.

 

Antara risiko utama menjejaskan saranan firma tersebut terhadap Tasco termasuk kehilangan pelanggan utama dan penurunan dalam margin operasi.  - DagangNews.com