TA Securities optimis terhadap prospek Tune Protect didorong segmen pelancongan | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

TA Securities optimis terhadap prospek Tune Protect didorong segmen pelancongan

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 4 Mac - TA Securities optimis terhadap prospek Tune Protect Group Bhd didorong perkembangan segmen pelancongan selain fokus kepada meluaskan kehadiran pasaran dan pelancaran perkhidmatan nilai tambah baharu.

 

Katanya, kumpulan itu juga akan menjalankan semakan harga ke atas semua produk bagi mengoptimumkan premium.

 

Firma penyelidikan itu menjangkakan nisbah gabungan akan bertambah baik, memandangkan peningkatan kadar perjalanan dalam portfolionya.

 

"Sementara itu, Tune Protect akan terus mengurus tuntutan dan campuran dalam segmen pilihan melalui pengoptimuman harga.

 

"Melangkah ke hadapan, nisbah kerugian bagi segmen motor dijangka berkurangan kerana usaha berterusan bagi meningkatkan pengurusan tuntutan dan inisiatif penetapan harga semula yang bermula Julai 2024 dijangka membuahkan hasil yang positif pada suku akan dating," katanya dalam satu nota kajian.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Tune Protect kembali catat keuntungan bersih sebanyak RM9.5 juta pada 4QFY24 didorong trend pemulihan positif

 

Terdahulu, hasil kumpulan pada 4QFY24 meningkat RM98.9 juta berbanding RM43.1 juta pada 4QFY23.

 

Keuntungan kumpulan diterajui pertumbuhan ketara dalam keputusan perkhidmatan insurans bersih, didorong segmen pelancongan.

 

Hasil perkhidmatan insurans bersih untuk 4QFY24 meningkat 82.8% dari suku tahun ke suku tahun kepada RM11.1 juta, dan lebih daripada 100% kepada RM3 juta untuk FY24.

 

Firma penyelidikan itu berkata, nisbah tuntutan bersih dan perbelanjaan boleh diagihkan meningkat sebanyak 6.7 mata kepada 50.4% disebabkan oleh empat kebakaran besar berjumlah RM6.1 juta dan nisbah NCI motor yang lebih tinggi.

 

"Kami mengekalkan saranan "beli" dengan harga sasaran (TP) 48 sen sesaham," katanya. - DagangNews.com