KUALA LUMPUR 24 Feb - SkyWorld Development Bhd diyakini mencatatkan peningkatan pendapatan pada 4QFY25 didorong peningkatan kemajuan lebih tinggi daripada projek yang sedang dilaksanakan.
Phillip Capital berkata, ia disokong kemajuan terakhir daripada penyiapan projek Edgewood dan SkyVogue.
Katanya, hasil 3QFY25 bagaimanapun merosot 13% dari suku tahun ke suk than kepada RM108 juta kerana EdgeWood hampir siap, sebahagiannya diimbangi kemajuan yang lebih kukuh daripada Curvo dan Vesta.
Firma penyelidikan itu berkata, margin pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan margin pelunasan (EBITDA) bertambah baik 4.2ppts dari suku tahun ke suku tahun kepada 20.2%, disokong pencapaian kemajuan yang lebih baik untuk Curvo dan Vesta ditambah dengan penjimatan kos daripada SkyMeridien.
"Kadar cukai berkesan lebih tinggi pada 37% mencerminkan cukai tertunda dari tahun-tahun sebelumnya. Secara keseluruhan, pendapatan teras meningkat 16% dari suku tahun e suku tahun kepada RM12 juta," katanya dalam atu nota kajian.
Phillip Capital berkata, keputusan yang lebih lemah itu disebabkan bilangan projek yang sedang berjalan yang lebih rendah ditambah dengan kelewatan dalam pelancaran yang dirancang termasuk Sky Amanyi, Cheras (GDV RM600 juta), disebabkan penilaian geoteknikal tambahan.
Katanya, margin EBITDA menguncup 6.8ppts kepada 18% berikutan ketiadaan penjimatan daripada dua projek.
"Secara keseluruhan, 9MFY25 berada di bawah jangkaan pada 64% daripada anggaran FY25 kami sebelum ini dan 58% daripada ramalan konsensus.
"Varians kepada ramalan kami adalah disebabkan kelewatan dalam pelancaran baharu dan kadar cukai berkesan yang lebih tinggi," katanya.
Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan "beli" dengan harga sasaran (TP) RM1.10 sesaham.- DagangNews.com








