KUALA LUMPUR 5 Mac - SKP Resources Bhd diramal mencatatkan prestasi yang lebih baik pada suku akan datang, didorong penambahan dua pelanggan baharu dan usaha berterusannya untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan yang berpotensi.
Public Investment Bank Bhd (PublicInvest) kekal optimis mengenai unjuran syarikat, disokong pangkalan pelanggan yang berkembang dan ramalan buku pesanan yang kukuh daripada pelanggan utamanya.
"Kami mendapati pelanggan utamanya, yang membentuk lebih daripada 65% daripada jualan kumpulan, mengekalkan prospek jualannya untuk tahun kewangan 2026 (FY26), dan ia kini mengintai variasi pengeluaran baharu untuk terus meningkatkan jualan produk.
“Berbeza dengan khabar angin sebelum ini untuk mengecilkan perniagaan di Malaysia, pelanggan utama telah melabur lebih banyak modal untuk mengautomasikan barisan pengeluaran fasa satu.
"Ia akan membantu lebih banyak bilangan pekerja untuk kumpulan itu, yang boleh diberikan kepada barisan pengeluaran akan datang," katanya dalam satu nota kajian.
Terdahulu, hasil 9MFY25 meningkat 17% kepada RM1.6 bilion apabila jumlah pulih daripada asas 9MFY24 yang rendah yang terjejas oleh pelarasan inventori Pelanggan X.
Sejajar dengan itu, untung kasar 9MFY25 melonjak 24% dengan pengurusan kos yang cekap lebih daripada mengimbangi kejatuhan margin utung kasar akibat kos permulaan awal untuk barisan pengeluaran baharu.
Hasil dari suku tahun ke suku tahun, 3QFY25 merosot 21% kepada RM504 juta, terutamanya fungsi masa pesanan Pelanggan X. Akibatnya, keuntungan bersih 3QFY25 turun 25% kepada RM26 juta.
Firma penyelidikan tu berkata, SKP mungkin menikmati kesan limpahan kerana pelanggan utamanya merancang untuk memindahkan beberapa pesanan kembali ke Malaysia.
Katanya, kilang baharu SKP kini beroperasi pada kadar penggunaan yang rendah selepas kemasukan dua pelanggan, yang berpotensi mencapai 8% daripada unjuran jualan FY26.
"Bagi meningkatkan penggunaan ruang lantai, kumpulan itu masih meneroka peluang dalam membawa pelanggan berbilang negara berpotensi baharu ketika mereka merancang untuk berpindah ke Malaysia berikutan sekatan perdagangan yang semakin meningkat.
"Sementara itu, kilang 5 di Johor Bahru berpotensi menjana jualan tahunan sehingga RM1.5 bilion apabila ia telah mencapai penghunian penuh dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang," katanya.
Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan "outperform" dengan harga sasaran tidak berubah pada RM1.35 sesaham.- DagangNews.com








