Siti Khadijah sasar RM2.5 juta menerusi koleksi Maharani, fokus kukuh pasaran dalam talian  | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Siti Khadijah sasar RM2.5 juta menerusi koleksi Maharani, fokus kukuh pasaran dalam talian 

Pengasas telekung Siti Khadijah, Padzilah Enda Sulaiman.
Oleh 'AINA SYAZWINA

KUALA LUMPUR 24 Jun – Pengeluar jenama telekung tersohor, Siti Khadijah, menyasarkan jualan sebanyak RM2.5 juta dalam tempoh tiga hingga enam bulan bagi koleksi baharunya yang dinamakan Maharani, dengan pengeluaran awal sebanyak 5,000 unit melibatkan tiga jenis telekung.

 

Syarikat kini memberi tumpuan kepada pengukuhan saluran dalam talian kerana meningkat daripada 10% sebelum pandemik kepada 100% semasa COVID-19, dan kini stabil pada paras 35%.

 

sk

 

Pelancaran itu turut menampilkan tiga koleksi baharu iaitu Broderie Zahara dengan sulaman klasik, Flair Sabira berpotongan moden flowy bertekstur ringan, dan Modish Maira Midi yang sesuai dipakai di tanah suci.

 

 

 

 

 

 

Pengasas telekung Siti Khadijah, Padzilah Enda Sulaiman berkata, koleksi Maharani membawa elemen reka bentuk baharu pada bahagian muka dan kepala, yang digabungkan ke dalam tiga jenis telekung sedia ada termasuk versi hitam yang inklusif.

 

"Buat masa ini, hanya dua koleksi warna sahaja iaitu putih dan hitam kerana masih ada isu dari segi kesesuaian warna untuk reka bentuk tersebut. 

 

SK

 

"Perluasan reka bentuk muka Maharani kepada semua koleksi telekung sedia ada dijangka dilaksanakan menjelang akhir tahun ini.

 

"Pelaksanaan fasa seterusnya akan bergantung kepada sambutan pasaran, dengan tambahan koleksi disasar sempena sambutan Aidilfitri tahun depan," katanya kepada DagangNews semasa majlis pelancaran yang berlangsung di Locarasa Bamboo Hills, Kuala Lumpur. 

 

Majlis pelancaran telekung Maharani
Majlis pelancaran telekung Maharani.

 

Mengulas mengenai inspirasi nama koleksi Maharani, beliau berkata, ia selari dengan semangat wanita-wanita hebat seperti Khadijah, Aisyah, dan Fatimah.

 

SK

 

Katanya, Siti Khadijah kini mempunyai 60 cawangan di Malaysia, serta Indonesia dan Singapura.

 

sk
Penyanyi tanah air, Faizal Tahir.

 

"Prosesnya memakan masa, namun setiap langkah diiringi dengan ketelitian yang penuh bermakna," katanya.

 

Majlis turut diserikan dengan persembahan lagu baharu berjudul Maharani oleh Faizal Tahir, yang membawa mesej kekuatan dan nilai diri wanita selari dengan konsep reka bentuk muka telekung tersebut.

 

Antara selebriti yang turut hadir pada majlis itu termasuk Syatilla Melvin, Lisdawati serta rakan jemputan dari pelbagai industri.

 

sk
Antara selebriti yang turut hadir memeriahkan majlis.

 

Siti Khadijah menyasarkan pengembangan produk bukan hanya untuk wanita tetapi turut merangkumi lelaki dan kanak-kanak dengan syarikat itu juga menyasarkan untuk menembusi pasaran Asia Barat selepas 2030.

 

SK

 

Telekung Maharani akan mula dijual secara dalam talian bermula 24 Jun 2025, manakala penjualan di butik-butik terpilih bermula pada 26 Jun 2025.- DagangNews.com