Sentimen pasaran automatif lemah dan persaingan peralatan China menjejaskan hasil DRB-HICOM, kata HLIB  | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Sentimen pasaran automatif lemah dan persaingan peralatan China menjejaskan hasil DRB-HICOM, kata HLIB 

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 28 Feb - Persaingan pasaran automatif sengit yang berterusan akibat pengeluar peralatan asli China (OEM) baharu dijangka menyekatkan pendapatan DRB-HICOM Bhd dalam jangka panjang.

 

Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) berkata, persaingan dengan OEM juga mendorong kepada sentimen berhati-hati terhadap pasaran automotif Malaysia yang memberi tekanan lagi kepada pertumbuhan hasil DRB-HICOM. 

 

Firma penyelidikan itu berkata, DRB-HICOM akan terus mengukuhkan kedudukan automotifnya di Malaysia, memanfaatkan teras OEM, iaitu Proton, Honda, Isuzu dan Mitsubishi.

 

"Bagaimanapun, jumlah volum industri (TIV) negara yang dijangka perlahan pada 2025, digabungkan dengan OEM baharu China berkemungkinan akan membawa kepada persaingan pasaran yang sengit dan kemelesetan margin.

 

"Kami tetap berhati-hati terhadap persekitaran pasaran automotif Malaysia memandangkan daya saing pasaran berterusan, manakala Pos Malaysia Bhd dan DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd kekal sebagai menyekat pertumbuhan kumpulan itu.

 

"Namun begitu, kami menjangkakan syarikat itu akan terus disokong oleh kemampanan Bank Muamalat dan Composite Technology Research Malaysia Sdn Bhd," katanya alam atu nota penyelidikan, hari ini.

 

DRB-HICOM melaporkan keuntungan bersih sebanyak RM22.1 juta untuk suku keempat FY24 (4QFY24) dan RM111 juta bagi FY24, iaitu dalam jangkaan HLIB memenuhi 99.3% tetapi di bawah konsensusnya iaitu 66.5%.

 

Firma penyelidikan itu meramalkan pendapatan DRB-HICOM terjejas akibat prestasi buruk sektor automotif, bank dan kerugian berterusan daripada Pos Malaysia.

 

HLIB mengekalkan saranan "tahan" ke atas saham DRB-HICOM dengan harga sasaran (TP) yang lebih rendah sebanyak 87 sen daripada RM1 sebelum ini. - DagangNews.com