SCIB meminta Awana JV Suria Saga membayar balik RM19.6 juta dalam tempoh 14 hari | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

SCIB meminta Awana JV Suria Saga membayar balik RM19.6 juta dalam tempoh 14 hari

Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 28 Jan - Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) menerusi anak syarikatnya, SCIB Properties Sdn Bhd (SCIBP) mengeluarkan tuntutan pembayaran balik berjumlah RM19.7 juta daripada Awana JV Suria Saga Sdn Bhd. dalam tempoh 14 hari.

 

Ini berikutan kegagalan Awana memenuhi obligasi pembayaran balik di bawah perjanjian penyelesaian (SA).

 

"SCIB kekal teguh dalam menjaga kedudukan kewangan syarikat dan memastikan semua perjanjian dihormati," kata pengarah urusan kumpulan SCIB Ku Chong Hong dalam satu kenyataan.

 

 

“Keputusan untuk menamatkan perjanjian penyelesaian itu tidak dipandang ringan tetapi perlu untuk menjaga kepentingan pemegang saham dan pemegang kepentingan kami.

 

"Kami akan mengambil semua langkah yang perlu untuk mendapatkan semula jumlah tertunggak sambil mengekalkan tumpuan kami pada kecemerlangan operasi dan pertumbuhan," tambah Ku.

 

Jumlah itu termasuk RM18.6 juta di bawah SA 2023, RM490,000 di bawah SA 2024 dan RM580,000 sebagai hutang tambahan yang diberikan daripada SCIB Industrialised Building System Sdn Bhd.

 

"Walaupun berulang kali peringatan dan peluang untuk pematuhan, rakan niaga itu tidak memenuhi kewajipan kewangannya seperti yang dipersetujui," katanya.

 

Memandangkan pelanggaran ini, SCIB berkata ia telah melaksanakan hak kontraknya untuk menamatkan perjanjian itu.

 

Syarikat itu mengeluarkan permintaan rasmi untuk menyelesaikan jumlah tertunggak dalam tempoh 14 hari, tambahnya. - DagangNews.com