Samaiden berada di landasan pertumbuhan kukuh disokong oleh pembinaan projek solar, kata TA Securities | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Samaiden berada di landasan pertumbuhan kukuh disokong oleh pembinaan projek solar, kata TA Securities

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 27 Feb - Samaiden Group Bhd berada pada landasan betul untuk mencatat pertumbuhan kukuh dibantu oleh pembinaan projek solar yang akan datang dan kos panel solar yang lebih rendah. 

 

TA Securities menjangkakan pengiktirafan hasil dan margin kumpulan meningkat apabila projek Program Kuasa Hijau Korporat (CGPP) beralih ke fasa pemasangan panel, mungkin pada lewat 3QFY25 atau 4QFY25.

 

Katanya, dua daripada tiga projek CGPP Samaiden sudah berada pada fasa pembinaan dan mempunyai sasaran tarikh operasi komersial (COD) masing-masing menjelang Ogos dan September 2025.

 

Samaiden melaporkan keuntungan bersih teras sebanyak RM8.3 juta, naik 34% YoY bagi 1HFY25, yang masing-masing menyumbang 33% dan 38% daripada anggaran tahun penuh konsensus TA Securities.

 


Hasil 2QFY25 meningkat 62% QoQ kepada rekod tertinggi RM80 juta berikutan kemajuan yang lebih tinggi bagi projek yang sedang dijalankan dan permulaan projek CGPP.

 

Walau bagaimanapun, pendapatan teras kumpulan meningkat sebanyak 12% QoQ yang lebih sederhana memandangkan margin yang lebih rendah pada suku tersebut.

 

Firma penyelidikan itu berkata, buku pesanan terkumpul kekal kukuh sebanyak RM515.7 juta pada akhir 2QFY25, berbanding RM521.2juta 1QFY25, mencadangkan sehingga  penambahan nilai buku pesanan sebanyak RM75 juta pada suku tersebut.

 

"Kami menjangkakan kontrak projek solar berskala besar (LSS) akan mula masuk ke dalam buku pesanan bermula dari pertengahan tahun ini. 


"Kami secara konservatif memotong unjuran untung bersih Samaiden pada FY25 dan FY26, masing-masing sebanyak 6.4% 5% bagi mencerminkan jangkaan margin yang lebih konservatif," katanya. 


Sementara it, TA Securities mengekalkan saranan "beli" dengan harga sasaran (TP) diturunkan sedikit kepada RM1.63 daripada RM1.69 sesaham. - DagangNews.com