KUALA LUMPUR 27 Mac - Pelabur asing menjual saham Malaysia untuk sesi ke-29 berturut-turut pada Rabu menjadikannya jualan terpanjang sejak Jun 2018.
Keadaan itu berlaku di tengah-tengah kebimbangan terhadap projek kecerdasan buatan (AI) negara ketika Amerika Syarikat (AS) berusaha mengawal pemindahan teknologi cip termaju.
Dana global telah menjual lebih AS$2.1 bilion saham Malaysia pada asas bersih setakat suku ini, menurut data yang dikumpulkan oleh Bloomberg, aliran keluar suku tahunan terbesar sejak suku kedua 2018.
Penanda aras ekuiti FTSE Bursa Malaysia KLCI turun 6.8% setakat tahun ini.
"Tarif Presiden AS, Donald Trump menimbulkan kebimbangan pelaburan besar firma semikonduktor negara itu di Malaysia akan terancam," kata Pakar Strategi Pasaran IG Asia, Jun Rong Yeap.
Keadaan itu dilihat "mungkin menyukarkan Malaysia menjadikannya sebagai hab semikonduktor serantau". - DagangNews.com








